SponsoredTweets referral badge

Friday, December 11, 2009

Aduan mengenai perkhidmatan baiki kereta


ADUAN mengenai kerosakan kenderaan bukanlah satu perkara yang luar biasa. Ruangan ini pernah melaporkan aduan pengguna mengenai perkhidmatan memperbaiki kenderaan bermotor terutama sekali kerja-kerja penyelenggaraan.


Aduan-aduan yang sering diterima ialah:

* Kos pekerja yang berlebihan. Walaupun ada papan tanda menunjukkan harga peralatan dan bayaran perkhidmatan tetapi caj yang dikenakan selalunya lebih tinggi.

* Masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kerja terlalu lama dan belum tentu memuaskan hati pengguna.

Kebanyakan mekanik tidak memperbaiki kenderaan seperti yang dikehendaki oleh pengguna sebaliknya mereka sering membuat kesimpulan sendiri tanpa perlu membuka bonet sekalipun.

Sedangkan secara keseluruhannya adalah lebih menjimatkan jika mekanik yang membaiki kenderaan itu menukar keseluruhan bahagian yang rosak pada satu-satu masa dan bukanya memperbaiki bahagian demi bahagian dalam masa yang berlainan.

Adalah wajar bagi pihak pengguna diberitahu terlebih dahulu sebelum sebarang kerja membaiki dilakukan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menandatangani sebarang surat kebenaran secara membuta tuli untuk membaiki kenderaan mereka. Pengguna perlu mendapatkan penjelasan terperinci mengenai kerja-kerja membaiki kereta yang benar-benar diperlukan.

Pengguna-pengguna juga tidak dapat menentukan lama masa yang diambil untuk membaiki kenderaan dan sama ada bayaran yang dikenakan berpatutan atau tidak. Para mekanik seharusnya memberi keterangan mengenai hal tersebut.

Beberapa kesulitan turut dialami oleh pengguna ketika proses membaiki kenderaan mereka berlangsung termasuk:

* Pengguna mendapati sukar untuk berhubung dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk membincangkan kemusykilan mereka. Kebiasaannya pekerja-pekerja bawahan tidak dapat memberi jawapan munasabah bagi menyelesaikan kemusykilan yang dikemukakan kepada mereka.

* Sering kali juga kerja-kerja membaiki kenderaan diterangkan mengikut cara teknikal sehingga menyukarkan pengguna untuk memahaminya.

Penerangan sepatutnya dilakukan dengan bahasa yang mudah difahami terutama di kalangan pengguna yang tidak arif mengenai kenderaan. Penerangan seumpama itu walaupun mengambil masa tetapi ia pasti memberi kepuasan kepada pemilik kenderaan dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.

* Setiap pengguna harus berhati-hati dengan kenderaan yang dibeli dan meneliti beberapa perkara seperti keadaan tayar, lampu, badan kenderaan dan sebagainya.

Apabila hendak membeli kenderaan adalah mustahak bagi kita meninjau harga yang ditawarkan di beberapa kedai sehingga mendapat harga yang paling patut. Bawa juga seorang mekanik yang boleh membantu memeriksa kenderaan tersebut supaya kita tidak tertipu. Teliti juga perkataan ‘jaminan’ (warranty) ke atas kenderaan yang dibeli.

Pengguna-pengguna kadangkala melahirkan perasaan bimbangnya apabila tempoh jaminan hampir tamat sedangkan kerosakan kenderaan masih berterusan untuk diperbaiki.

Jika kerosakan berlaku berulang ketika kenderaan masih dalam jaminan, ketika itu kita memikirkan bahawa segala kerja membaiki kenderaan itu dibuat tanpa sebarang bayaran.

Bengkel-bengkel membaiki kenderaan haruslah mengamalkan sikap memulangkan semua bahagian kenderaan asal yang dikeluarkan untuk diperiksa oleh pengguna jika ia mahukan cara demikian.

Ini mungkin tidak dapat dibuat dalam semua kerja membaiki, tetapi ia dapat diamalkan dalam kebanyakan kes kerosakan yang besar.

Pengguna haruslah mengamalkan sikap mengambil berat dan penuh perhatian ketika memelihara kenderaan mereka supaya sentiasa dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan kerja membaiki yang tidak perlu.

Dan anda mesti tahu sedikit sebanyak apa rosaknya sebelum bonet kereta dibuka.

Jadi berhati-hatilah apabila mendapatkan servis daripada mekanik dan tanyalah anggaran pembaikan sebelum bil dikeluarkan.

Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

UNTUK menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak.

AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.

Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri.

Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut.

Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.


Kurang air dalam radiator punca enjin panas

APABILA anda melihat kereta berasap atau terbakar di tepi jalan, tentu ada sesuatu yang tidak kena pada enjin kereta berkenaan. Salah satu sebab ialah kekurangan air dalam radiator yang menyebabkan enjin panas.

Selain itu, enjin panas juga berpunca daripada paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada kipas dan termostat sistem penyejuk.

Malah, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar dan seterusnya meletup.

Apabila enjin kereta anda terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh. Anda tidak harus panik, sebaliknya memberhentikan kereta dan cuba lakukan pemeriksaan sendiri terlebih dulu.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Selepas itu, periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas.

Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas.

Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.

Tindakan bila asap kereta bertukar warna

LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.

Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.

Periksa bateri kereta setiap minggu


BATERI adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.

Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.

Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.

Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.

Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.

Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.

Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.

Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.

Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.

Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

Wednesday, October 21, 2009

Listing workshop in Malaysia




AAM Automobile Association of Malaysia - Persatuan Automobil Malaysia
http://www.aam.org.my/
Block E-7-4 Megan Phileo Promenade, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03 2162 5777 (General), 03 2161 0808 (24hrs breakdown assistance and towing service)

Federation Of Automobile Workshop Owners Association Of Malaysia
Tel: 03 6257 7688, Fax: 03 6250 4288
Standardised nationwide towing fees by member workshops:
Day Towing Rate (7am to 7pm): RM 60 for the 1st 10 km and RM2 for each subsequent kilometre
Night Towing Rate (7pm to 7am): RM 90 for the 1st 10 km and RM3 for each subsequent kilometre

Mun Poon Motor
Workshop with chief foreman of over 30 years experience. Major overhaul to routine servicing, breakdown repair
91 Jalan 3/23A, Taman Danau Kota, off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4142 1195, 019 318 4561(Ah Tuck)
Where & how? Getting there: MyCen Map | Directions | MyCen Location (what's this?)
Place your listing up here

Alpinair Car Cooler
23G, 3/3 Jalan Pandan, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 9281 9939

Automobile Body Works
99 Tanjung Tokong Road, 10470 Penang
Tel: 04-890 8977

Bengkel Memateri Kenderaan Tek Yee
DH-100, Jalan Besar, Pekan Nenas 81500, Johore
Tel: 07 699 2207

Bintang Carcare - Service centers, car care specialist for Mercedes & authorised service dealer for Hyundai vehicles
http://www.bintang.com.my/
62C Jalan Petaling Utama 9, Bt 7, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya
Tel: 03 7785 5560, Fax: 03 7785 5540

Ching Siong Motor
14 & 16, Section 51A/227C, 46100 Petaling Jaya
Tel: 03 7957 5692

Chong Brothers Automotive Painting Center
http://www.infotoday.net/chiong/
15 Jalan 17/58C, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5542 4003

Dent Repairs
http://www.dent.com.my/
41G Jalan Bandar 12, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong
Tel: 03 5882 2664

EON Glenmarie Parts & Service Centre - Proton
http://www.eon.com.my/
2 Persiaran Kerjaya, Taman Perindustrian Glenmarie, Seksyen U1, 40150 Shah Alam
Tel: 03 7803 1777
Where & how? Getting there: MyCen Map | Directions | MyCen Location (what's this?)

H & L Radiator Enterprise
34 Jalan Segambut, Pusat Segambut, 52100 Kuala Lumpur
Tel: 03 6250 8579

Motor Sin Wing Soon
Lot 21233, Batu 3, Jalan Kapar, 41400 Klang, Selangor
Tel: 03 3341 0290

MVAC Service Centre
1 Lorong 6C / 91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Tel: 03 9200 7799

NSS Service Centre - NSS Auto Parts, Volvo, Renault, Mercedes, Kia, Inokom, Ssangyong
http://www.nss.com.my/
22 Jalan Penyelengara U1/77, Taman Perindustrian Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5512 2168, Fax: 03 5512 1168

Premier Auto Spray - Body work & spraying
31 Jalan Petaling, 7th mile, Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya
Tel: 03 7785 1097

Puchong Sunway Auto Glass Specialists
23G Jalan Bandar 12, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Tel: 03 5891 9018

Pusat Penyaman Udara Kereta Bandar Rampai
61, Jalan 46B/26, Pusat Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4149 9384

Sing Motor Works
7 Lot 1031 Batu 7, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur
Tel: 03 8076 1205, 012 383 3779 (24 Hrs Towing), Fax: 03 8076 1227

Speedworks - Performance specialist
http://www.speedworks.com.my/
Lot 2, Lorong 51A/227B, Section 51A, 46100 Petaling Jaya
Tel: 03 7955 5533, Fax: 03 7955 7745

Tan Auto (Alfa specialist)
3 Lahat Lane, 30010 Ipoh, Perak
Tel: 05 255 5407

Tiong Nam Motor - Honda service
36 Persiaran Segambut Tengah, Segambut, 51200 Kuala Lumpur
Tel: 03 6258 0887, Fax: 03 6252 0764

Tom's Racing
http://www.tomsracing.com.my/
Super Vision Car Care Sdn Bhd
80 Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2282 2939, Fax: 03 2284 5288

Uni Car Air Condition
9168 Jalan Negara 3, Taman Melawati, Ulu Kelang, 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03 4107 2132

USAI Workshops
http://www.usaiworkshop.com/
United Services & Automotive Industries Sdn Bhd
5 Jalan 217 ( Next to UEM Berhad in Petaling Jaya ), PO Box 509, 46760 Petaling Jaya
Tel: 03 7781 1233, Fax: 03 7781 9320

Velutune - Restore, rebuild, race cars
http://www.goklmini.com/

Wee Ah Hock Workshop
41 & 43, Jalan Berkat 12, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka
Tel: 06 335 0591

Listing shop spare parts Malaysia




911 Zentrum - Brisk Spark Plug, racing & performance parts
http://www.911zentrum.com.my/

Alpine Speed - Samco, Powerflex, Pipercross, Boda, Revotec, Morette, Hayden, more
http://www.alpinespeed.com.my/

Amoil
http://www.amoil.com.my/
14 Jalan Tembaga SD 5/2, Bandar Sri Damansara, Kepong, 52200 Kuala Lumpur
Tel: 03 6274 6563, Fax: 03 6273 4267

Audivox
http://www.audiovox.com.my/
9 Jalan 4/91A, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel: 03 9287 7888, Fax: 03 9287 7798

Auto Dream Custom Kits - Fibreglass bodykits, interior leather seat kits, alloy wheels, soft-top
http://www.adckits.com.my/

Autospa Glenmarie - Car detailing & appearance enhancing services, waxing, polishing, auto spa
http://www.autospa.com.my/
Carnauba Autospa Sdn Bhd
34 Jalan Pemberita U1/49, Sek U1, Temasya Industrial Park, Glenmarie, 40150 Shah Alam
Tel: 03 5569 9888, Fax: 03 5569 9777
Where & how? Getting there: Map | Directions | MyCen Location (what's this?)

Autospa Jalan Tun Razak - Car detailing & appearance enhancing services, waxing, polishing, auto spa
http://www.autospa.com.my/
Carnauba Autospa Sdn Bhd
53 Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 2164 5099, Fax: 03 2163 9099
Where & how? Getting there: Map | Directions | MyCen Location (what's this?)

AAM Automobile Association of Malaysia - Persatuan Automobil Malaysia
http://www.aam.org.my/
Block E-7-4 Megan Phileo Promenade, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03 2162 5777 (General), 03 2161 0808 (24hrs breakdown assistance and towing service)

Bosch / Blaupunkt
http://www.mybosch.com.my/
Robert Bosch (SEA) Pte Ltd.
8A Jalan 13/6, 46200 Petaling Jaya
Tel: 03 7958 3000, Fax: 7957 5769

Brake Hose Kit - PRO-RS stainless braided brake hoses
http://www.brakehosekit.com/
3 Jalan SS13/3F, Subang Industrial Estate, 47500 Subang Jaya
Tel: 03 5638 8911, Fax: 03 5638 5911

Bridgestone Tyres - Firestone
http://www.bridgestonetyre.com.my/
Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd
Suite C702, Central Tower, Wisma Consplant 1, 2 Jalan SS16/4, 47500 Subang Jaya
Tel: 03 5621 0270, Fax: 03 5621 0320

Brothers - Auto parts & car accessories retailer
http://www.brothers.com.my/
10 Jalan SS6/12, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Tel: 03 7803 8911, Fax: 03 7806 2400

BSA Alloy Wheels
http://www.bsa.com.my/
Lot 19, Rawang Industrial Estate, 17th mile Rawang, 48000 Rawang
Tel: 03 6092 6188, Fax: 03 6092 7189

Bumi Fibreglass - Manufactures fibreglass body kits for cars
http://www.bumifibre.com.my/
Lot 3, Jalan 51A/227C, 46100 Petaling Jaya
Tel: 03 7954 5575, Fax: 03 7956 5569

Captor - Vehicle tracking & recovery system
http://www.netstar.com.my/
2 Jalan Satu, Taman Sri Ukay, Off Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang
Tel: 03 4256 6566, 03 4257 7000 (24hr Hotline), Fax: 603 4251 4506

Cheetah Car Alarm
http://www.caralarm.com.my/
Super Code Technology (M) Sdn Bhd
32-G, Ground Floor, Amcorp Metro Centre, Jalan 4/146, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur
Tel: 03 9058 8488, Fax: 03 9058 6488

Continental-Sime Tyre - Uniroyal, Dunlop, Barum
http://www.conti-sime.com/
3rd Floor, Sime Darby Technology Centre, 2 Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya

Cybertrek's Checkmate - Vehicle Tracking Recovery System
http://www.checkmate.com.my/
Level 15, Bangunan KUB.com, Jalan Yap Kwan Seng, 50450, Kuala Lumpur
Tel: 03 2718 9300, Fax: 03 2718 9311
Tel: 03 2710 9911 / 012 683 1212 (Hotline)

DAG Electrophonic - Vibramat noise suppression solution, Vibratile acoustic tiles, e-Cool, e-Light, more
http://www.dag.com.my/
29, Jalan TP 7/7, SIME-UEP Industrial Park, Section 26, 40400 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5192 7828, Fax: 03 5192 7829

Denso
http://www.denso.com.my/
Lot 2, Jalan P/1, Section 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03 8732 8888, Fax: 03 8732 8844

DK Leather
http://www.dk-schweizer.com/ (global site)
4 Jalan PPU 3, Taman Perindustrian Puchong Utama, Selangor
Tel: 03 8064 6600, Fax: 03 8064 6601

Ecotint
http://www.ecotint.com.my/
38-1, Grd Floor, Jalan USJ 9/5Q, Taipan Business Centre, UEP Subang Jaya, 47620 Subang Jaya
Tel: 03 8023 1612, Fax: 03 8023 1648

Epic Ventures - Auto spare parts, NGK spark plugs, GV shock absorber, Top Gun ignition cables, brake lining, pad
http://www.epicventures.com/
2 Jalan Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Batu 17, 48000 Rawang, Selangor
Tel: 03 6092 2922, Fax: 03 6091 0811

Four Wheel Drive Equipment - Body lift kit, bed liners, canopies, air locker
http://www.4x4.com.my/
Lot 1 Jalan Utas 15/7, Sek 15, 40000 Shah Alam
Tel: 03 5511 6060, Fax: 03 5511 8600

Four Wheeler Parts & Accessories - Suspension, rims, bull bars, winches, air filters
http://www.4x4accessories.com.my/
19 Jalan PJS 11/2, Subang Indah, 46150 Petaling Jaya
Tel: 03 5637 0212, Fax: 03 5637 0611

Goodyear Tyres
http://www.goodyear-malaysia.com.my/

JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia - Road Transport Department
http://www.jpj.gov.my/
Hotline Tel: 03 8886 6400

JRD Alloy Wheels
http://www.jrd.com.my/
Bright Rims Manufacturing Sdn Bhd
Lot 9641, Desa Aman, 47000 Sungai Buloh
Tel : 03 6156 6188, Fax: 03 6156 6226

JTM Turbo
http://www.amazon3.com/contents.htm
53 Jalan Glasiar, Taman Tasek, Johor Bahru
Tel: 07 235 3555, Fax: 07 235 6588

Kayaba - Shock absorbers
http://www.kyb.com.my/
Lot 8, Jalan Waja 16, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
Tel: 03 3122 6222, Fax: 03 3122 6677

Kayel - Retreads
http://www.kayelrubber.com/
Kayel Rubber Products Sdn Bhd
Lot 395, Lorong Perusahaan 8, Kawasan Perusahaan Prai, 13600 Prai, Penang
Tel: 04 390 8753, Fax: 04 390 2881

KK Best Leather Seat
http://www.kkbest.net/
Tel: 03 8060 0373

Lock Tech - Brake & clutch locking device
http://www.locktech.com.my/

Metro Driving Academy MDA - Driving School
http://www.metrodriving.com.my/
Kampung Melayu Subang, Lot 3509, Kg Melayu Subang, Seksyen U6, 40150 Shah Alam
Tel: 03 7845 9898

Michelin Malaysia - Performance, sedan, SUV, truck, bus tyres, tires, tayar
http://www.michelin.com.my/
Unit 901 & 904, Uptown 2, 2 Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
Tel: 03 7680 3888, Fax: 03 7680 3999

NGV Is The Better Alternative To Petrol - Info Blog on Natural Gas Vehicle system providers
http://myngv.blogspot.com/

NZ Wheels
http://www.nzwheels.com.my/
Lot 1385, Wisma NAZA, Jalan Kapar, Batu 2, Kawasan 19, 41400 Klang
Tel: 03 3343 9270, Fax: 03 3343 9275

OAA Nagalingam Parts
http://www.oaa.com.my/
Lot 2836, Jalan Lahat, Kawasan Perindustrian Menglembu, 30200 Ipoh, Perak
Tel: 05 282 2391, 05 282 1770, Fax: 05 282 4071

ProICE - Pro ICE, car audio, security products, Clifford,Viper, Python car alarms, Polk Audio, Air Taser, Smokecloak
http://www.proice.com/
Bangunan Pro ICE, 8 Jalan Kenari 8, 47100 Puchong, Selangor
Tel: 03 8075 3888, Fax: 03 8075 6888

Proton Parts Centre Sdn Bhd
http://www.protonparts.com.my/
1 Jalan Arkitek U1/22, Section 11, Hicom Glenmarie Industrial Park, Shah Alam
Tel: 03 7803 6399, Fax: 03 7803 6532

Puspakom - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer. Vehicle Inspection & Safety Certification Center
http://www.puspakom.com.my/
553 A-E, Tkt 3&4, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
Tel: 03 6258 3233, Fax: 03 6253 6199
Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4143 3321, Fax: 03 4143 5388
Where & how? Getting there: MyCen Map | Directions | MyCen Location (what's this?)

Senarai Institut Memandu - List of driving schools
http://www.jpj.gov.my/mportal/index.php?option=com_content&task=view&id=75&Itemid=42

Shamsul Auto Supply (M) Sdn. Bhd - 4x4 accessories and fittings
http://www.shamsulauto.com/
370 Jalan 20, Taman Perindustrian Ehsan Jaya, Kepong, 52100 Kuala Lumpur
012-337 7012 (Shamsul Ng)

Shanmuga Auto Parts - Used truck & buses and parts
http://www.autoshan.com.my/
Lot.29805, Jalan Bendahara, Peti Surat 454, 30750 Ipoh, Perak
Tel: 05 321 2809, Fax: 05 321 1378

Silverstone Tyres
http://www.silverstone.com.my/
1st Floor, Wisma Silverstone, 72 Persiaran Jubli Perak, 40000 Shah Alam
Tel: 03 5191 8611, Fax: 03 5191 8623

Sime Tyres - Monza, Astar
http://www.simetyres.com.my/
Tel: 1 800 888 033

Simex 4X4 Tyres - General Tire, Dynamic 4x4 Accessories
http://www.simex4x4.com/ (Australian site)

Speedzone Motorsports Gallery - Sparco
http://www.speedzone.com.my/
115 Jalan SBC 1, Taman Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 03 6188 1770, Fax: 03 6188 1781

Stamford Tyres Mart
http://www.stamfordtyres.com.my/
Tel: 03 5567 2601

Star Automart
40 Jalan SG 3/2, Sri Gombak, 68100 Batu Caves
Tel: 03 6184 2320, 03 6184 2322

TJM Motorsports - PIAA, Osram, Econ, Sun
http://www.tjm.com.my/ or http://www.tjm.com.au/ (Australian site)
4-7 Jalan 3/137B, Batu 5, Off Jalan Kelang Lama, 58200 Kuala Lumpur
Tel: 03 7984 7844, 03 7984 4930

UMW Auto Parts
http://www.umw-autoparts.com.my/
Jalan Utas 15/7, P.O.Box 7052, 40915 Shah Alam, Selangor
Tel: 03 5163 5201, Fax: 03 5519 4628

Watta Battery Industries
http://www.watta.com.my/
12th Floor, Menara BGI, Plaza Berjaya, 12 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03 2144 2929, Fax: 03 2144 9929
Where & how? Getting there: Map | Directions | MyCen Location (what's this?)